Monday 29 April 2013

Syurga Cinta


Bersoal tentang cinta? Kenapa masih tidak aku mempunyai pasangan..Kenapa susah untuk mendapat yang lebih baik? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran, Tapi tidak pernah aku gusar kerana aku masih ada Allah. Kenapa aku perlu mencintai orang lain kerana seharusnya aku mencintai allah terlebih dahulu dan seterusnya diriku.

***

Hari demi hari aku dapat menerima . Aku akui aku semakin dekat dengan-Nya, aku malu pada-Nya.. Aku terasa sebelum ini aku amat jauh padanya, lalai serta mengejar dunya semata-mata..

 ***


Seringkali  kita lalai dengan dunya yang menginginkan kemewahan  serta angan – angan..   Angan angan untuk mendapatkan lelaki yang berwatakan menarik serta berharta ..Walhal, Allah ada menyebut didalam al-quran bahawa syaitan akan terus menyesatkan manusia dengan pelbagai cara termasuklah ‘angan-angan’

Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka , dan membangkitkan angan –angan kosong kepada mereka” (al baqarah:216)



Jodoh?  Aku terus berdoa agar dapt diberikan insan yang soleh serta beriman.. Sentiasa beringat untuk memilih jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Inn sha allah , Kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua ikutlah pilihan orang yag baik seperti ibu bapa. Orang yang baik akan memilih orang yang baik untuk menjadi pasangan hidup kita.

***

Ya Allah.. Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak.. Dengarlah rintin hambamu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Kerana itu menjuruskan daku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman , supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang engkau Redhainya.. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh,  Amin




Sesungguhnya Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri. Dan Kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum Allah SWT.


No comments:

Post a Comment